Dalil Al-quran atau Hadis :
Firman Allah yang bermaksud :
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu.” (Al-baqarah : ayat 233) (2;c), (8), (12), (13)
Firman Allah yang bermaksud :
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dan telah melahirkannya dengan bersusah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” (Al-Ahqaf : ayat 15) (8)
Susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk pembesaran bayi sejak dilahirkan. Ia mengandungi antibodi (immunoglobulins) yang bertindak sebagai tembok penghalang pelbagai jenis penyakit sehinggalah bayi dapat membentuk antibodinya sendiri.
Susu ibu mengandungi Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Arakidonik (AA) yang berguna bagi pertumbuhan sistem otak dan saraf yang mana ianya tidak mungkin didapati dalam susu formula.
Selain itu, susu ibu juga turut mengandungi sumber protein yang mencukupi untuk tumbesaran bayi dan juga mindanya. Protein susu ibu sangat mudah dihadam dan diserap tidak akan membebankan ginjal bayi untuk menyimpan air yang berlebihan. Zat besi yang terdapat dalam susu ibu juga mudah diserap oleh bayi kerana kandungan laktoferin yang tiada ditemui di dalam susu formula.
Lagi khasiat Susu Ibu buat Si Comel anda....

(klik gambar untuk besarkan)
Kenapa Islam sangat menggalakkan penyusuan???
- Dengan menyusukan anak, ikatan kasih sayang antara ibu dan anak menjadi lebih kukuh. Ini kerana belaian mesra dan pelukan erat semasa penyusuan akan mengalirkan unsur kasih sayang yang tiada tolok bandingnya antara ibu dan anak.
- Malah, anak akan berasa aman, selamat dalam dakapan seorang ibu semasa penyusuan.
- Tambahan lagi, penyusuan dapat menyerlahkan naluri keibuan kerana hormon prolaktin akan terhasil yang mana ia merangsang perasaan keibuan.
credit to: imzaron.blogspot.com