Tuesday, 25 November 2014

Derita Bengkak Susu..

As Salam...hai3... hari ni dapat pulak ilham mengenai susu tersumbat atau lebih dikenali sebagai "Bengkak Susu". Kenapa???? Sebabnya hari ni badan rasa macam nak demam je penangan bengkak susu semalam. Habes musnah keseronokan nak shopping barang dapur malam tadi. Thank you so much to my lovely husband n beloved son kerana memahami.... *ayat nak touching je... hihihi



Kebiasaannya bengkak susu ini akan menyerang wanita yang baru melahirkan anak. Ia juga boleh berlaku pada wanita yang sedang menyusukan anak. Punyalah terseksanya rasa bila masalah ni datang menjengah. Para ibu mesti anda pernah merasainya kan.



credit pic to diaryofmhammad.com

Susu tersumbat berlaku apabila saluran susu (samada satu atau beberapa) tersekat disebabkan susu badan yang bertakung dan bergumpal. Ini boleh berlaku akibat daripada:
  - kadar penghasilan susu lebih cepat daripada kadar ia mengalir keluar
  - pemakaian coli yang ketat/ berdawai
  - bayi tidak melekap dengan betul semasa penyusuan
  - penyusuan yang tidak teratur dan berjadual
  - payudara tidak dikosongkan sepenuhnya ketika menyusu

Walaupun bengkak susu ini normal namun jika tidak dirawat dengan cepat, ia boleh mengundang jangkitan kuman dan seterusnya mastitis.



Mastitis adalah keradangan yang menyebabkan payudara terasa bahang, sakit dan merah yang berpunca dari jangkitan kuman.

Gejala- gejala anda diserang mastitis:

  - payudara membengkak dan kemerahan
  - payudara terasa hangat apabila disentuh
  - badan terasa seram sejuk
  - sakit kepala
  - panas badan / demam 


Terdapat kajian yang menunjukkan seorang dalam setiap 10 orang ibu yang menyusu pastinya akan dijangkiti MASTITIS. Dan kemungkinan kekerapan terjadi lagi adalah lebih daripada satu kali. TETAPI, ia jarang melibatkan kedua-dua belah payudara dalam satu masa.

Untuk melegakan kesakitan yang teramat sangat akibat bengkak susu, anda boleh mencuba kaedah- kaedah seperti di bawah:

 1. Usahakan untuk menyusukan anak setiap 2-3jam. Kejutkan bayi jika mereka sudah tidur untuk membantu mengosongkan payudara anda. Anak adalah pam semulajadi terbaik untuk anda pada saat ini.
 2. Perahkan susu dengan tangan @ kaedah Marmet atau pam jika penyusuan direct tidak selesa buat anda.
 3. Dapatkan posisi menyusu yang selesa untuk membantu bayi melekap dengan betul.
 4. Urutlah payudara perlahan- lahan ketika penyusuan bagi melancarkan aliran susu.
 5. Tuam sekeliling payudara dengan air suam/ sejuk mengikut keselesaan anda.
 6. Rehatkan badan selama yang mungkin.


 7. Amalkan Lecithin Shaklee setiap hari. Ia dapat mencegah saluran susu daripada tersumbat, seterusnya membasmi masalah bengkak susu.



p/s: next entry kita cerita pasal #Lecithin pulak tauuu...



UNTUK SEBARANG PERTANYAAN/ PEMBELIAN







No comments:

Post a Comment