Monday 23 February 2015

KOLESTROL Menanti Di Hadapan Anda

Setelah 5 hari bercuti sempena Chinese New Year, tibalah hari ni untuk mula bekerja kembali seperti biasa. ikutkan hati malas je nak kerja, mood cuti still on lagi..tapi apa kan daya, tak kerja duet tak masuk..ye dakkk

Dalam kesempatan collect angpau dari colleague & bos2, sempat juga pertanyaan datang menyapa.

"Ida, why you wish control cholestrol on your meals while wishing us CNY last week?"

Haaa...sape tau agak2 apa yang saya jawab pada dia??angkat tangannnn...meletop, angkat tangannnnn...........eh, menyanyi pulak kita ni...kihkihkih

As we know, negara kita, Malaysia, memang sangat2 kaya dengan makanan yang sedap2 & lazat2 belaka. Pelbagai juadah boleh didapati seiringan dengan budaya berbilang bangsa di sini. Petik je jari, semua ada. Nak bukti?? Tengok je "Jalan-Jalan Cari Makan" pun dah cukup. Betul takkk?


Jadi berbalik pada persoalan tadikan, cuti 5 hari confirm ramai yang balik kampung jenguk mak ayah tercinta. Dapat pulak mak2, nenek2 masak sedap2 sampai menjilat jari. Nak raikan kepulangan anak cucu cicit, lauk 4 5 hidangan sekali masak. Saya berani kerat jari kerat kuku aje, mana ada orang balik kampung berani tolak masakan ibu dia. MASAKAN IBU ADALAH MASAKAN YANG PALINGGGG SEDAP, BERZAT DI DUNIA..kan3??? Unless, yang dah ketiadaan mak tu saya minta maaf la ye..takde niat nak menyinggung perasaan

Dah la kat rumah mak siapkan makanan, pergi jalan2 sana-sini tak jumpa pulak kedai makan..ataupun kedai makan penuh sesak...terpaksa lah bungkus Fast-Food yang terang2 kurang berkhasiat dan banyak kolestrolnya. Jadi, pemakanan yang tidak seimbang menyumbang kepada peningkatan kadar kolestrol dalam badan. Sedar tak sedar, makin banyak kita makan makin tinggi kolestrol duk terperap dalam badan kita ni.

Tetapi, jangan ingat anda berbadan kurus, tahap kolestrol anda rendah ye...Kolestrol ni merupakan pembunuh senyap tanpa kita ketahui. Tak percaya? Jom buat ujian darah untuk periksa tahap kolestrol kesihatan kita.

Untuk pengetahuan anda, badan kita mempunyai 2 jenis Kolestrol, iaitu LDL (low-density lipoprotein) dan HDL (high-density lipoprotein). Kolestrol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil Lipoprotein. Kolestrol ini dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan Lipoprotein Ketumpatan Amat Rendah,(VLDL) atau HDL.

LDL yang terhasil daripada metabolisme kolestrol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai "Kolestrol Jahat" manakala HDL dikenali sebagai "Kolestrol Baik".



Apabila kadar LDL lebih tinggi daripada HDL, risiko seseorang terdedah kepada penyakit jantung adalah tinggi, Keadaan ini berlaku apabila Lipoprotein LDL menyebabkan kolestrol melekat pada dinding arteri/ saluran darah. Pembentukkan bahan keras dan tebal yang berterusan membuatkan saluran darah semakin sempit dan tersumbat yang mengakibatkan bekalan darah dan oksigen juga tidak dapat dibekalkan secukupnya kepada jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung membawa kepada sakit jantung dan kematian.

Maka, kolestrol HDL berfungsi menghalang penyempitan saluran darah dengan menarik kolestrol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, seterusnya dibuang menerusi hempedu.


Kewujudan kolestrol dalam tubuh badan kita mampu mengundang pelbagai panyakit, di antaranya ialah: 


Kesimpulannya, pastikan anda dapatkan cara pemakanan dan cara hidup yang sihat selepas anda baca artikel ini. INGATTTTT, sakit jantung & strok menanti tanpa kita sedari. JANGAN jadi salah satu mangsa mereka.


UNTUK SEBARANG PERTANYAAN/ PEMBELIAN










No comments:

Post a Comment